Interview Lama Meor Aziddin Yusof

Ini adalah interview yang aku buat dengan arwah Meor untuk zine lama aku. Tahun interview ni dibuat pada tahun 2011. Tapi sayang zine ni tak keluar sampai sekarang. Daripada terbiar je, baik aku rilis je. Alfatihah buat Meor.

Assalamualaikum dan apa khabar,sihat?

Baik, sihat-sihat saja...terimakasih

Ce citer sedikit perkembangan terbaru saudara?

Perkembangan terbaru biasa-biasa saja bro, selain busking di Kl Sentral, saya dan seorang pemuzik Aznan Aziz membuat persembahan di restoran BARA 1 di kawasan Pandan Indah setiap sabtu. Selain itu saya masih mengajar gitar di Melawati. Juga ada beberapa projek yang masih dalam perancangan..yang mungkin akan bermula awal januari tahun depan, kalau tak ada apa aral.

 Boleh tak ceritakan sedikit tentang diri saudara

Tentang diri saya tak ada sangat yang menarik untuk diceritakan sebenarnya. Cuma pengalaman bekerja, saya pernah bekerja di Yamaha Music selama 10 tahun(1996-2004) sebagai product consultant. Selepas itu saya memilih bekerja sebagai 'busker'. Mula bermain muzik secara serius pada tahun 1990.

 Bilakah saudara mula bermain gitar dan lagu pertama yang saudara hasilkan?

Waktu mula bermain gitar pada tahun 1982, umur 15 tahun di kampung, Bruas Perak. Lagu pertama saya bikin pada tahun 1983, itu kira proses. Ianya memerlukan masa yang panjang untuk mematangkan kita.

 Biasanya dari mana datangnya idea idea untuk menghasilkan lagu?

Idea datang tak tentu masa, cuma kita perlu banyak mendengar lagu dan membaca. Selain itu pengalaman akan lebih mendewasakan kita dan banyak membantu.

 Macam mana boleh bekerjasama dengan Daiyan Trisha untuk Society?

Daiyan Trisha kita pilih selepas sessi audition dan kita rasa Society perlu di komersialkan, maka itu kita pilih Daiyan. Selepas ini Daiyan akan keluar dengan album solo, itu perancangan kita.

 Apakah Society sebenarnya?

Society asalnya saya tubuhkan pada tahun 1992 dengan line up Che mat(dram) dan mamal(bass). Konsep muzik waktu itu lebih ke eksperimen, alternatif dan progresif. Penekanan lebih kepada lirik yang bermesej tentang kehidupan dan surreal.

 Siapakah menjadi idola saudara?

Idola saya kalau dulu Bob Dylan, Nick Drake, Jim Morrison dan banyak lagilah..mereka ini hanya guide untuk kita dalam membentuk acuan kita sendiri.

Bagaimana mahu berkomunikasi dengan saudara?

Boleh hubungi saya di email meor67@yahoo.com atau melalui facebook 'meor yusof Aziddin'

kata kata terakhir?

Dalam hidup kita buat apa yang kita rasa kita akan bahagia tinggal di dalamnya. 

Post a Comment

Previous Post Next Post
banner