Matty Healy Bikin Kontroversi Lagi! Kenyataan Tom Delonge Buat Fan Malaysia Terkejut?



Matty Healy dari kumpulan The 1975 seakan tidak boleh move on dengan situasinya di Malaysia. Beliau membawakan isu ini ketika persembahannya di Lollapalooza, Chigaco.

Sebelumnya, si mangkuk ini telah membuat hal di acara Good Vibes sehingga menyebabkan kumpulan The 1975 telah diharamkan di Malaysia. Lebih parah, baki dua hari acara tersebut turut dibatalkan.

Aksi The 1975 yang mengejutkan di Malaysia. kredit: telegraph
Kali ini di acara Lollapalooza, beliau telah membuat beberapa joke hambar tentang isu The 1975 diharamkan di Malaysia. Antara seperti: 

"You want my travel tip? Don't go to..." belum sempat si mangkuk ini bercakap, bandnya sudah main lagu dah.

Beliau turut mengomen bahawa apa lagi yang dorang boleh buat tanpa membuat sedikit drama/kontroversi. Sedikit sebanyak mengambarkan bagaimana mereka sentiasa ingin perhatian daripada pihak lain.

Teruja berjumpa dengan Tom Delonge

Tom Delonge kredit: Jonathan Weiner
Ketika set lagu Robbers, si mangkuk Matty ternampak Tom Delonge (Blink-182) dibawah stage. Beliau telah turun dari stage serta menuju ke arah Tom Delonge. Beliau lantas memeluk dan mengucapkan, "I love you so much... i love you so so much,".


Matty teruja kerana Tom adalah idolanya dan menyatakan bahawa bagaimana Tom banyak memberikan inspirasi kepadanya.


Bagaimanapun, status Tom di laman sosial telah mengundang kejutan buat peminat Malaysia. Tom memuatnaik gambarnya bersama dengan Matty seakan bercium serta menulis dirinya dan The 1975 takkan pergi ke Malaysia. Sambil menyatakan hanya dua lelaki saling bercumbu.


Kenyataan beliau tersebut telah mengundang pelbagai komen dari peminat Malaysia. Ramai yang kecewa serta mengecam apa yang ditulis oleh Tom itu. Mungkin ini adalah joke daripada Tom atau sebaliknya?

Adakah ini isyarat bahawa Blink-182 takkan hadir ke Malaysia? Korang nilaikan sendiri.


Post a Comment

Previous Post Next Post
banner