Kirk Hammett Dedah Kenapa Kurt Cobain Tidak Mahu Nirvana Beraksi Bersama Metallica

Frank Micelotta/Getty Images

Kirt Hammett dalam temuramah bersama NME telah mendedahkan sesuatu yang mengejutkan. Beliau menyatakan faktor utama kumpulan Nirvana tidak mahu menjadi opening act di Konsert Metallica dan Guns N Roses pada tahun 1992.


Kirt memberitahu bahawa beliau menghubungi Kurt Cobain untuk mengajak band tersebut join konsert tahun 1992 itu. Namun Kurt menolak kerana tidak suka kepada Guns N Roses! Gitaris Metallica tersebut telah cuba memujuk vokalis band Grunge tersebut namun gagal.


Konsert tersebut menyaksikan band Faith No More menjadi pembuka acara. Kirt juga menceritakan hubungannya dengan Kurt Cobain lebih baik.


"Bila Kami (Metallica) membuat show di Seattle sempena jelajah Black Album, aku teringat pernah menjemput Kurt untuk acara tersebut...so Kurt cakap: 'Eh korang ada main lagu Whiplash tak? tu lagu korang yang aku suka sangat weh!'. Ulas Kirt mengingati saat bersama Kurt Cobain.


"Bila Kurt datang ke show kami, aku nampak kelibatnya bersama Courtney Love dan aku perasan dia cuba nak try dapatkan perhatian dari aku", ulasnya. "Kurt memang seorang yang hebat, kitaorang menjadi member bila rilisan pertama Nirvana (Bleach). dan aku sedih siot bila teringat Kurt cuma nak buat lagu dan menyanyi namun semua itu memusnahkannya", tambah Kirt.


Ikon Grunge tersebut pernah menyatakan tidak suka terhadap band Guns N Roses dalam interview bersama Seconds (1991): "Weh kitaorang (Nirvana) bukan band macam Guns N Roses tu, band yang takde apa-apa untuk diperkatakan," ucap Kurt. Selain itu, Kurt juga tidak menyukai Axl yang dianggapnya seorang rasis, homophobik serta seksis.


Dave Grohl selaku bekas pemain dram Nirvana pernah menyatakan bahawa penyanyi Guns N Roses, Axl Rose mahu sangat Kurt Cobain terlibat dalam konsert bandnya bersama Metallica.


"Guns N Roses nak buat konsert besar dengan Metallica, so dorang nak sangat Nirvana jadi pembuka buat dorang...jadi Axl masih lagi mencuba untuk mengajak Kurt tanpa henti," ucap Dave. "Malahan masa di airport, Kurt mengeluh panjang bila tau Axl Rose masih menghubunginya," tambahnya.


sumber: blabbermouth.net


Post a Comment

Previous Post Next Post
banner