Interview Istimewa Bersama Love As Arson

Love As Arson 2022

Kumpulan Love As Arson sudah kembali dengan rilisan terbaru, The 12 Year Itch beberapa minggu lalu. Jom baca interview istimewa bersama band ini.

Salam Love As Arson, Thank kerana sudi menerima soalan dari Kugigran. First Words?

Salam Kugigran, terima kasih atas sesi soal jawab ini juga kerana menyokong muzik kami. Aku, Doni sebagai wakil akan cuba menjawab segala soalan dengan terang, Insyaallah.


Cuba cerita sejarah ringkas tentang Love As Arson serta lineup terkini?

Love As Arson adalah sebuah band yang terbentuk daripada pecahan band Aftermath dan Grace Division sekitar tahun 2005 hingga 2008. 


Pertukaran ahli kumpulan bersilih ganti sehingga pada satu ketika Love As Arson hanya dianggotai oleh aku sebagai vokalis dan Bakri sebagai drummer setelah kedua-dua guitarist iaitu Muska dan Syed telah mengambil keputusan untuk menarik diri atas faktor-faktor peribadi.


Pada tahun 2019, Love As Arson telah merekrut Ayien (Carthreena), Zam Arab (Groundrule) sebagai gitaris dan dilengkapi Zeezam (Another Side) di posisi bass bagi meneruskan legasi music Arson. Setelah hampir 12 tahun menyepi, Love As Arson kembali dengan rilisan album terbaru ‘The 12 Year Itch’ pada May 2022.


Boleh cerita pembikinan album The 12 Year Itch? Apa yang cuba disampaikan melalui rilisan terbaru ini?

Rilisan terakhir Love As Arson adalah The Hangover EP pada tahun 2010 dan mengikut perancangan disusuli album pada tahun 2011. Pada ketika itu, band mengambil keputusan hiatus dalam terlibat untuk meneruskan musik Arson atas beberapa faktor seperti komitmen terhadap kerjaya dan keluarga.


Pada 2017-2018, kami berkumpul semula untuk meneruskan pembikinan album namun tergendala dan line-up ketika itu mengambil keputusan untuk meninggalkan Arson. Pada satu ketika, hanya tinggal aku dan Bakri untuk meneruskan projek album ini. Aku hampir berputus asa dengan perjalanan band ini sehingga kemasukan Ayin (Carthreena) di posisi gitaris pada 2019 telah meneruskan pembikinan album ini. 


Rilisan terbaru “The 12 Year Itch” keseluruhan 11 lagu mempunyai mesej yang tersendiri terdiri dan kematangan musik Arson lebih terserlah dalam rilisan album ini. Semoga album ini dapat memberi nafas baru kepada peminat musik tanah air kita.


Adakah dengan rilisan terbaru ini,  korang akan membuat tour untuk promosi? Lokasi yang akan dipilih?

Promosi rilisan album akan disusuli dengan The 12 Year Itch Malaysian Tour 2022 yang merangkumi 7 venue iaitu di Selangor, Johor, Melaka, Pulau Pinang, Perak, Kuantan dan Kuala Lumpur (finale). Borneo Tour (Sabah dan Sarawak) masih dalam perbincangan bersama organiser dan tour promoter di sana.


Siapa yang design cover album terbaru ini?

Design cover album (lukisan abstrak) ini adalah hasil kreativiti sedara Jambu Golok Official dan layout album menggunakan khidmat Rizal Sani Alt-Grafix.


Ada perancangan untuk bikin muzik video?

Kami baru sahaja rilis lyric video “Midyear Heartbreaks” di platform Youtube, Instagram dan Facebook. Pembikinan muzik video sudah ada dalam perancangan dan dijangkakan adakan dirilis selepas tour selesai. Lagu track yang ke-4 “For This Arson (FTA)” akan menyusul bersama muzik video kelak.


Selain tour, apa lagi plan korang untuk tahun ini dan mendatang?

Mengikut perancangan semasa setelah tour selesai, kami akan tetap meneruskan promosi album dan menjayakan show sebanyak mungkin dalam misi untuk memperkenalkan semula kehadiran Love As Arson kepada pendengar dan peminat terkini muzik di negara kita.


Playlist korang? Lagu / Filem / Buku

Personal playlist aku secara personal buat masa ini adalah band Be Well (US) dan bandmates, Ayin lebih kepada Descendents, H2O, Lagwagon dan No Use For A Name ; Arab dan Zeezam lebih kepada 90’s Hardcore bands dan Bakri lebih kepada groove muzik. 


Untuk filem personally untuk aku sekarang ini banyak ke arah Kollywood punya movie sebab banyak menonjolkan society issues dengan baik sekali dan plot twist di penghujung cerita membuatkan aku banyak berfikir.


Harapan korang untuk rilisan terbaru ini?

Harapan kami moga kemunculan semula Love As Arson dapat diterima umum dan rilisan album ini mendapat liputan dari pihak media digital dan tradisional dalam membantu kami mempromosikan muzik kami. Untuk invitation untuk show, boleh terus hubungi kami melalui platform social media kami ataupun boleh terus email loveisasarson@gmail.com.


Last words?

Be yourself, don't let others change your way and in the journey make sure you have fun! Terima kasih Kugigran kerana sudi bertanyakan perkembangan Love As Arson and have a great one bro!

Tour Love As Arson



Post a Comment

Previous Post Next Post
banner