Flea Red Hot Chili Peppers Teringin Nak Bawa Watak Popeye?


Pemain bass Red Hot Chili Peppers (RHCP), Flea telah memberikan kejutan kepada para peminat apabila membuat kemunculan dalam drama bersiri Obi-Wan Kenobi. Terkini, beliau dengan bangga memuatnaik status di Twitter bahawa dirinya paling sesuai untuk watak kartun Popeye.



Kalau korang baca status Flea ni, menampakkan beliau bersungguh-sungguh untuk memegang watak tersebut. Popeye mula sebagai komik kartun dalam E.C. Segar pada tahun 1929. Watak tersebut menjadi popular sehingga diangkat menjadi animasi sehingga ke pawagam. 


Popeye diadaptasi sebagai filem pada tahun 1980 dengan menyaksikan Robin Williams sebagai Popeye serta Shelley Duvall sebagai Olive. Dengan watak tersebut, nama mendiang Robin Williams semakin meningkat sehingga menjadi antara pelakon terbaik Hollywood.  

Filem Popeye tahun 1980

Berbalik kepada Flea, ramai yang memberi komen di Twitter sangat tertarik dengan status pemain bass tersebut. Bahkan beberapa pengguna Twitter berharap pengarah-pengarah Hollwood membuka mata terhadap cadangan bernas Flea.



Flea bukan sahaja aktif dalam bidang muzik, malahan beliau turut membintangi beberapa buah filem dan drama seperti The Big Lebowski, Back To The Future, Baby Driver dan banyak lagi. Buat masa sekarang, pemain bass tersebut tengah busy mempromosikan album terbaru RHCP, Unlimited Love serta bakal menjalani jelajah pada bulan Oktober ini. 


Semoga adalah produksi Hollywood yang nak reboot Popeye dan ambillah si Flea tu. Olive ambil Anthony pun cun gak.


sumber Loudwire



Post a Comment

Previous Post Next Post
banner