Muddy Ratz Hadir Dengan Single Terbaru "Diamond"

Band lokal yang berteraskan genre Psychedelic Blues Rock, Muddy Ratz telahpun muncul dengan single terbaru yang berjudul Diamond.

Ini adalah lagu terbaru daripada mereka selepas debut single, Pekikan Tanpa Jeritan yang muncul pada tahun 2022.


Muddy Ratz dianggotai oleh Izzuad (tukang nyanyi), Faiq (gitar utama),Geb (gitar kedua), Parut (bass) dan Acab J (dram). Dorang mula bersatu sejak Oktober 2022.

Kumpulan ini sangat kuat dipengaruhi oleh beberapa band hebat seperti Led Zeppelin, Pink Floyd, Black Sabbath, The Who dan ramai lagilah sampai sakit tangan nak tulis ni.

Kalau kome nak tengok betul-betul aksi dorang ni, korang pergi ke acara  Rising Fest All Star (Atas Angin) pada bulan Februari nanti.

Jom layan Diamond. Follow mereka di YouTube instagram

Post a Comment

Previous Post Next Post
banner