Jadi Vokalis Baru Search, Kenali Denden Gonjalez


Kita pun dah tahu bahawa jejaka dari Indonesia, Denden Gonjalez menggalas tanggungjawab sebagai vokalis baru band lagenda Search. Pelbagai reaksi peminat Search apabila menerima perkhabaran ini, ada yang ok ada yang tak. Siapakah Denden Gonjalez ni, jom baca info tentang penyanyi baru ni.

sumber: IG Denden

Denden Gonjalez berasal dari kampung Ciampel, bandung Barat. Nama betulnya Denden Samsuhendar dan lahir pada 20 Julai 1983. memulakan langkah pertama dengan membikin channel YouTube sendiri pada 12 Julai 2014. Awalnya channel YouTube tersebut menayangkan anaknya mencover lagu, kemudiaan Beliau mula menyanyikan beberapa cover termasuk dari Search. Sambutan sangat mengalakkan sehingga ada videonya mencecah jutaan tontonan. Sehingga kini jumlah pengikut YouTubenya sudah mencecah 592,000.

Denden juga turut bertuah kerana dapat berduet dengan beberapa penyanyi yang hebat seperti Judika, Ian Radja, dan inka Christie. Beliau juga pernah berjumpa dengan lagenda Indonesia, Nicky Astria yang baginya sangat bermakna.

Denden turut menjadi viral apabila muncul di The Voice Bulgaria 2021. Menyampaikan lagu Steel Heart-She Gone, persembahannya mencuri perhatian para juri. Walaupun begitu, nasib beliau tidak baik apabila disingkirkan selepas itu. Ulas tentang itu, dirinya tidak tahu kenapa nasib sebegitu, mungkinkah kerana visa atau apa-apa saja (sumber YouTube News Malaysia).

Kini Denden Gonjalez mencipta laluan kerjayaan sebagai vokalis Search. Sebelum ini Denden Gonjalez sudah mempunyai beberapa lagu dan sempat berkarier di Malaysia. Sudah tentu peranan menjadi vokalis Search sedikit memberi tekanan kepada beliau. Semoga dirinya dapat membuktikan kenapa ianya layak menjadi vokalis baru Search.









Post a Comment

Previous Post Next Post
banner