Lia Itzy Bakal Muncul Dengan Lagu Solo

 

JYP ENT

Lia dari group Kpop Itzy bakal muncul dengan lagu solo. Lagu tersebut untuk soundtrack k-drama yang bertemakan sejarah iaitu The Red Sleeve. 

Lia akan menyanyi lagu yang bertajuk Light You Like a Star pada 3 Januari 2022. Ianya menjadi sejarah buat beliau kerana ini adalah solo pertamanya sejak bersama Itzy. Selain Lia, idol-idol lain yang turut menyumbangkan lagu untuk drama The Red Sleeve seperti Wheein (Mamamoo) dan Minhyun (Nu;est).

JYP Ent

The Red Sleeve dibintangi oleh Lee Jun-Ho (2PM) dan Lee Se Young. Drama berdasarkan novel sejarah ini mengangkat kisah romantik antara putera dan gadis istana. Siri ini rilis bulan November lalu dan tamat pada 1 Januari 2022. LaguLia tersebut akan rilis beberapa hari selepas episod terakhir The Red Sleeve.


Itzy pula sudahpun rilis debut Jepun pertama mereka. Selepas mendapat beberapa kejayaan, Itzy kemungkinan akan lebih sibuk pada tahun ini. Persembahan mereka di Mnet Asian Music Awards 2021 antara tergila sekali. Dah macam tengok filem aksi.





Post a Comment

Previous Post Next Post
banner