Dari Jalanan ke Dewan Filharmonik, Arish Mikael Hadir Dengan "Nukilanmu"

Penyanyi baru yang semakin meningkat naik, Arish Mikael kini muncul dengan single terbaru berjudul Nukilanmu.

Berasal dari Muar, Arish Mikael mula berjinak-jinak dalam dunia busking sejak berusia 15 tahun. Walaupun masih muda, beliau mula perlahan-lahan mencuba untuk menulis lagu.

Ketika mengadakan persembahan, beliau sering disamakan dengan Allahyarham Sudirman HJ. Arshad kerana memiliki suara yang seakan sama dengan lagenda tersebut. Penulis bila dengar suaranya peh memang sebijik macam Sudirman. 
Arish Mikael sangat bertuah kerana bakatnya dikesan oleh Luncai Emas, label muzik milik Dato' M.Nasir. Maka bermulalah perjalanan muzik beliau sehingga terhasilnya Nukilanmu.

Nukilanmu adalah antara lagu terawal ciptaan Afish Mikael. Menurutnya, "Lagu ini menceritakan tentang sesiapa saja dalam hidup yang mencetuskan inspirasi kepada diri.”

Tambahnya lagi, Inspirasi dalam menghasilkan lagu tersebut adalah seperti SM Salim, Ahmad Jais, M. Nasir, Loloq dan sebagainya selain beberapa pemuzik barat yang lain.
Arish Mikael akui sangat kekok apabila menjalani proses rakaman Nukilanmu kerana sebelum ini beliau lebih selesa membuat demo lagu dalam bilik tidur sendiri. Bila bekerjasama dengan beberapa pemuzik yang berpengalaman aeperti Hidayat (Pitahati) dan Izzat (Ramayan), sudah tentu sedikit sebanyak memberikan impak positif kepada beliau.

Imbas kembali saat manis buat penyanyi ini ialah diberi peluang untuk tampil membuat persembahan di Dewan Filharmonik Petronas KLCC. Ianya sempena acara tribute kepada Allahyarham Sudirman.
"Diberi peluang dan kepercayaan untuk membuat persembahan bersama salah satu orkestra terbaik di Malaysia, adalah sesuatu yang luar biasa. Saya rasa bersyukur dapat bekerjasama dengan barisan penyanyi dan pemuzik yang handal walaupun di fasa awal kerjaya saya ini. Rasa teruja dan gementar, tetapi dengan penerimaan yang baik dari masyarakat, itu adalah penghargaan yang besar buat saya.” ulas Arish Mikael.

Beliau berharap Nukilanmu ini menjadi satu penanda aras untuk mengembangkan kerjayanya dalam bidang muzik. 

Nukilanmu sekarang sudahpun berada di pelbagai platform muzik. Jom kita layan Nukilanmu.


Post a Comment

Previous Post Next Post
banner