Kula Wangsa Rancang Album Sulung 2024

Kula Wangsa

Kumpulan Art Rock dari Kuala Lumpur, Kula Wangsa kini dalam persiapan untuk menghasilkan album sulung mereka.


Album pertama tersebut mengandungi sembilah buah lagu yang mana tiga daripadanya  adalah Instrumental. Kelahiran sulung rilisan ini akan menampakkan mereka cuba beresperimentak dengan pelbagai rentak dan melodi, sesuai dengan elemen Art Rock yang cuba dorang ketengahkan.


Untuk info, kumpulan ini dikenali sebagai Raja atau Raja Bunyian, sebuah projek yang dikepalai oleh Raja Naz. Selepas itu projek tersebut mulai menerima beberapa ahli lain seperti Jai (gitar utama), Irfan (bass) dan Wan (dram/perkusi). Maka nama Raja telah ditukar kepada Kula Wangsa.

Kula Wangsa sudahpun melahirkan dua rakaman rasmi, iaitu single bertajuk Cowboys serta single berbahasa melayu yang bertajuk Illusi Sebuah Mimpi.

Sama sama kita nantikan album sulung daripada Kula Wangsa pada tahun ini. Ikuti mereka di:

instagram rasmi

twitter

YouTube





Post a Comment

Previous Post Next Post
banner