YouTube Animasi LK School Daze Capai Satu Juta Pengikut

 

Laman rasmi YouTube animasi LK School Daze telah berjaya mencapai satu juta pengikut serta 445 juta tontonan dari tarikh 1 September 2023 hingga 18 Januari 2024.

LK School Daze adalah animasi pendek yang diadaptasi daripada komik terkenal karya Keith Chong iaitu Lawak Kampus. Beliau sudah menghasilkan karya tersebut sejak dari tahun 2003 serta mencapai jualan sebanyak 7.7 juta salinan di seluruh asia. Komik ini berkisahkan tentang gelagat lucu Vanness, Aditas, Froggy dan lain-lain.

Produksi Lil Critter Workshop (LCW) telah bertanggungjawab mengadaptasikan komik tersebut kepada medium animasi. Sehingga kini, beberapa video mencapai jumlah tonton yang begitu hebat. Seperti “The Most Annoying But Cutest Cat Ever,” (40 juta), “A Xena Kind of Bait” (35 juta) dan “Bump Trend 2” (22 juta).


Wakil LCW, Walid Omar melahirkan rasa syukur atas kejayaan LK School Daze. Mencapai satu juta pengikut di YouTube dalam masa tidak sampai enam bulan adalah sesuatu yang sangat membanggakan. Ini adalah kerja keras mereka yang terlibat dalam pembikinan animasi ini sehingga berhasil untuk memikat hati para peminat.

Untuk meraikan kejayaan ini, pihak produksi Lil Critter Workshop (LCW) telah menyiarkan video Istimewa animasi tersebut yang korang layan di bawah:


Post a Comment

Previous Post Next Post
banner