Kumpulan Dsaster Hadir Dengan Karya Pertama "666"


Band yang masih lagi baru setahun jagung, Dsaster telah melahirkan lagu pertama mereka yang bertajuk 666. Ianya adalah salam pengenalan daripada mereka dalam scene ni.


Berasal dari Kuala Selangor, Dsaster dianggota dua orang jejaka iaitu Luqman (tukang nyanyi/gitar) dan Syahmie (tukang ketuk dram). Dorang berdua ni baru menubuhkan Kumpulan ni pada 11 November 2023 yang lalu. Kiranya usia Dsaster baru dua bulan!


Apapun menurut dorang, beberapa band hebat seperti Nirvana, Deftones dan The Strokes menjadi pengaruh penting dalam muzik mereka. Isu semasa dan hal-hal rebel menjadi salah satu tema dalam penulisan lagu mereka. So ianya boleh dilihat sendiri dalam lagu 666.


Korang boleh layan 666 sekarang!

Follow Dsaster: Instagram

Post a Comment

Previous Post Next Post
banner