Dusares Kembali Dengan Single “Abysmo”

Kumpulan Dusares kembali lagi dengan lagu terbaru berjudul Abysmo. Ianya sudahpun diriliskan dibeberapa platfom muzik popular.

Menurut dorang, Abysmo adalah mengisahkan tentang tanda-tanda hari kiamat. Ianya menceritakan tentang Dabbatul Ardh, haiwan buas yang bakal keluar menjelang hari kiamat. Ia mampu berbicara serta akan memberikan nasihat kepada manusia yang awalnya tidak yakin kepada ayat-ayat Tuhan.

Single ini sangatlah Istimewa kepada mereka. Abysmo adalah karya yang berbeza dengan menampilkan unsur Nusantara serta Deathcore. Satu keberanian bagi Dusares dalam berkarya.

Lagu ini turut hadir dengan vokalis jemputan iaitu Aswad (ex Zerophobia) dan Fariz (ex Dial M for Murder). Tenaga yang ada pada mereka berdua ini sedikit sebanyak memberikan kesan yang hebat memandangan kedua-duanya sudah mempunyai pengalaman tersendiri.

Dengan hadirnya Abysmo, mereka berharap pendengar berpuas hati dengan karya terbaru ini. Ayuh dengarkan Abysmo:


Post a Comment

Previous Post Next Post
banner