Ulasan Album Terbaru Raksar "Sattira"

Kumpulan Fuzz Rock dari Perak, Raksar telah muncul dengan album terbaru dorang yang bertajuk Sattira. Bila aku nengok-nengok album ni memang terasa sangat menarik, dengan cover yang sangat bermutu serta hiasan dalam album ini yang sangat sejuk mata memandang. Kertas bermutu tinggi beb serta aku suka dengan info-info ringkas tentang lagu-lagu dalam album ini. Malahan deme pun tidak segan silu untuk menampilkan sedikit maklumat tentang pembikinan album ini. Kira dah macam zine dah ni.

Satu usaha yang murni serta bersungguh-sungguh daripada Raksar dalam menghasilkan Sattira. Ini adalah satu contoh yang perlu diikuti oleh korang diluar sana kalau nak keluarkan album nanti. 

Ok ok panjang benor intro, nak ulas pasal lagu pula. Sattira menampilkan 10 buah lagu dengan satu intro dan satu versi baru. Selepas mendengar beberapa lagu dari dorang ni aku sangat berpuas hati dengan karya terbaru dorang. Lebih-lebih lagi dengan garapan muzik Fuzz/Stoner Rock/Doom/Old School yang sangat baik dibawa ala-ala gaya Raksar sendiri. Adalah juga beberapa pengaruh band luar yang dapat dikesan macam Sabbath kalau kome dengar baik-baik. Beberapa lagu yang teman boleh rekomen seperti Mungkir, Para Pendusta, dan Kiriman Setan.


Satu keberanian Raksar apabila menampilkan lagu bergenre Punk (Tumpor) dengan loghat perak. Walaupun lagunya pendek tapi menjadi. Mengingatkan aku pada band No Good yang menggunakan loghat Kelantan. Hope deme lebihkan lagu macam gini lagi di masa yang akan datang.


Dipendekkan cerita, Raksar semakin menunjukkan taring dorang. Inilah hala tuju mereka yang kita dapat dengari dalam Sattira. Tempoh setahun lebih membikin album ini sangat berbaloi dengan terlahirnya lagu-lagu yang sangat mantop. Good job bebeh. Kome boleh beli album ini melalui wasap: https://wa.me/601161266741


Lagu fav: Mungkir, Kiriman Setan, Para Pendusta, Darah Mati
Lagu tak suka: Mena-ruh

Post a Comment

Previous Post Next Post
banner