Raksar Kembali Dengan Album Terbaru

Raksar datang lagi! Kali ini dengan album terbaru berjudul Sattira. Ianya mengandungi 9 buah lagu baru serta satu lagu lama yang diberi nafas baru.

Buat pengetahuan korang, Sattira mengambil masa lebih dari satu tahun untuk disiapkan. Ianya kerana kumpulan Raksar mengalami pelbagai perkara dan rintangan sehingga melambatkan proses album ini. 

Bagaimanapun, ianya berjaya dikeluarkan khas buat para peminat dorang. Malahan mereka juga muncul dengan muzik video terbaru, Mungkir.


Buat masa ini, Sattira hanya dikeluarkan dalam format cd sahaja. Manakala tiga buah lagu daripada album ini ada dimuatnaik dalam akaun bandcamp raksar

Kome yang berminat untuk membeli album terbaru Raksar ini boleh rujuk pada gambar dibawah.

Post a Comment

Previous Post Next Post
banner