Ella Luah Keprihatinan Terhadap Palestin Dalam Koleksi 'Kasih'

Sempena bulan ramadan serta perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi, Rockqueen telah melancarkan koleksi raya Kasih-Monolog dari Hati. Ianya adalah satu penghargaan kepada keindahan kemanusiaan serta semangat kebebasan. 

Koleksi ini mendapat inspirasi daripada lagu Kasih yang didendangkan oleh Ella sendiri. Ianya terinspirasikan daripada keindahan hubungan manusia yang terbina atas asas kasih saying dah empati. Rockqueen cuba menampilkan interpretasi modern serta menambahkan intipati yang masih mengekalkan nilai-nilai murni dalam budaya tempatan.


Koleksi ini merangkumi Abaya Kimono Seri, Abaya Hoodie Khaela dan Baju Melayu Arjuna. Koleksi ini telah mendapat sentuhan daripada Ella sendiri yang secara tidak langsung memberikan kesitimewaan dalam mengayakan ketika menyambut hari lebaran nanti. Bukan sekadar bergaya, koleksi ini turut menjadi seruan kepada kita mengenai isu yang terjadi di Palestin.

Ella Bersama-sama suaminya, Captain Azhar serta Kaka Azraf adalah pendukung utama kempen ini. Dalam sesi fotografi Kasih, terdapat mesej yang sangat simbolik kepada kesudahan dan cabaran yang terpaksa dihadapan oleh saudara-saudara kita di Palestin. 

Seperti Kabut adalah tirai ketidapastian, kabus adalah jalan kabur yang dilalui oleh mereka serta kuda adalah lambang kebebasan, pejuangan serta ketabahan.


"Kempen ini bukan hanya tentang fesyen atau perayaan semata-mata, tetapi tentang menghidupkan semangat kemanusiaan dan kesatuan di kalangan kita semua. Ella berharap koleksi ini akan menjadi pengingat kepada kita semua tentang tanggungjawab kita sebagai manusia untuk menyokong dan menghormati hak asasi manusia bagi semua individu, tanpa mengira bangsa atau agama." Ulas beliau lagi.

Ini adalah satu platform terbaik dalam menyebarkan kesedaran tentang isu-isu kemanusiaan. Oleh itu, Ella dan Rockqueen berharap kempen ini mendapat sokongan daripada para peminat serta berharap dunia lebih adil serta berkasih sayang bagi semua.

Lebih info kunjungi www.rockqueen.com.my

Post a Comment

Previous Post Next Post
banner