Satwo Muncul Dengan Album Pertama, 'Di Persembunyian'

Band Indie Folk, Satwo dengan bangganya telah muncul dengan album pertama mereka, Di Persembunyian. Ianya diterbitkan di bawah label syarikat Luncai Emas.

Satwo dianggotai dua orang ahli iaitu Rafiz (vokal, gitar) dan Maz (Vokal, Piano, Synthesizer). 

Menurut Maz, Di Persembunyian diibaratkan sebagai anthology kerana lagu-lagu dalam album tersebut mempunyai nuansa yang berbeza. Ianya akan membawa para pendengar kepada perjalanan yang tidak dapat diduga.

"Mesej yang ingin disampaikan secara umum ialah ‘cinta’; itulah suasana proses awal penulisan lagu-lagu dalam album ini yang membuat kami memilih 'Di Persembunyian' sebagai judul album ini. Ia seolah-olah 'bunyi yang bersembunyi’ seperti ‘perasaan yang bersembunyi'" tambah Rafiz.

Ilham dari kumpulan Pitahati telah bertindak sebagai penerbit kepada album kumpulan Satwo ini. Beliau berpendapat bahawa Satwo sangat berbakat serta unik. Sesuatu yang mengujakan buat beliau dapat terlibat dalam penghasillan album Di Persembunyian.

Di Persembunyian mengandungi 10 buah lagu dengan Betapa Indah diumumkan sebagai single terbaru mereka. Jom dengankan Di Persembunyian.


Post a Comment

Previous Post Next Post
banner