Kumpulan Venus Dan Unic Bersatu Dalam Single "Ria Ramadan"



Cetus fenomena! Buat julung kalinya Kumpulan pop reggae, Venus Bersama Unic Bersatu dalam lagu terbaru bertajuk Ria Ramadan.

 

Venus dianggotai beberapa nama yang tidak asing lagi seperti Adi 6ixthsense (ketua Kumpulan, gitar), Lan Jinbara (gitar), Apiz (dram), dan Puteri Khareza (vocal). Kali ini mereka bersama dengan Kumpulan nasyid popular, Unic tampil dengan Ria Ramadan. Karya terbaru ini adalah kali pertama di Malaysia yang menampilkan kolaborasi antara band pop reggae dan kumpulan nasyid.

 

Venus

"Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan UNIC dalam projek ini. Kolaborasi ini membuktikan bahawa muzik tidak mengenal sempadan dan dapat menyatukan pelbagai genre muzik,” ulas Adi 6ixthsense selaku ketua kumpulan Venus.

 

Unic

Manakala Unic pula menyatakan bahawa kolaborasi ini mampu memberi mesej-mesej positif kepada orang ramai tidak kira lapisan masyarakat. 

 

Lagu Ria Ramadhan boleh didengari sekarang!


Post a Comment

Previous Post Next Post
banner