Lebaran Yang Hiba Single Raya Terbaru The Alif

The Alif

Kugiran tanahair, The Alif telah muncul dengan lagu raya terbaru yang berjudul Lebaran yang Hiba. Ianya sudahpun keluar secara rasmi pada 4 April 2024 yang lalu.


Lebaran Yang hiba menampilkan keunikkan dengan campuran muzik klasik dan moden. Ianya sekaligus menawarkan kombinasi harmoni yang mampu memukau para pendengar. Lagu tersebut membawakan kisah seorang anak yang merasakan kesedihan kerana kehilangan ibunya ketika menyambut Aidifitri. Dengan lirik yang penuh emosi dan melodi yang memikat, lagu ini menyeret pendengar dalam perjalanan emosi yang mendalam, merangkumi rasa kehilangan, keperitan, dan juga harapan untuk masa depan yang lebih baik.



Kumpulan The Alif berharap agar lagu ini dapat menjadi penghubung antara generasi, menyatukan orang-orang dari berbagai latar belakang dengan membangkitkan kenangan yang mendalam dan rasa kebersamaan semasa merayakan perayaan Lebaran.

Lebaran Yang Hiba kini boleh didengari di seluruh platform muzik digital utama, termasuk Spotify, Apple Music, Deezer, YouTube Music, dan platform lainnya. Mereka juga mengalu-alukan semua peminat untuk menikmati lagu ini dan berkongsi pengalaman mereka dengan menggunakan tandapagar #LebaranYangHiba. 

Muzik video single ini akan dilancarkan pada 6/4/2024 pada pukul 3 petang:


Post a Comment

Previous Post Next Post
banner